Wednesday 20 May 2015

ROTI DAGING ROLL

Bahan-bahan : 
500 g tepung 
roti 
100 g gula pasir 
15 g yis kering 
40 g susu tepung 
10 g bread improver 
1 biji telur 
30 g shortening/lemak sayuran 
25 g butter 
½ sudu kecil garam 
250 ml air dingin 

Inti :  
250 g daging lembu hancur 
Garam 
Gula               
Serbuk kari 
2 biji bawang besar 
2 biji bawang putih

Hiasan : 
lada benggala dipotong dadu
keju mozarella dan cheddar 

Cara nak buat roti : simple jer..Tumis daging sehingga garing kemudian masukkan bahan yang lain dan goreng sampai masak.. 

Cara nak sedia roti : 
1. Dengan menggunakan mesin pengadun, masukkan semua bahan kering. Gunakan speed 1 dalam masa 1 minit. Kemudian masukkan telur,shortening dan air dingin, adun doh hingga sebati dan akhirnya masukkan butter dan garam. Tinggikan kelajuan mesin pengadun. Adun sehingga doh benar-benar kembang. 
2.  Sekiranya menggunakan tangan,masa yang digunakan adalah 25 minit dan 15 minit bagi menggunakan mesin. 
3.   Tutup bekas adunan dengan tuala basah bagi mengelakkan doh kering dan letakkan pada suhu luar yang panas selama 40 – 60 minit untuk direhatkan sehingga doh naik sekali ganda. 
4.   Setelah kembang, keluarkan doh dan letakkan di atas papan canai yang ditabur dengan sedikit tepung dan kaup dengan kedua-dua tangan untuk membuang gelembung angin. 
5.   Canai doh menjadi segi empat panjang setebal 0.7 mm berukuran 30 cm x 40cm. Sapu mentega cair dan inti daging. Gulung doh memanjang seperti baulu gulung. Potong gulungan tersebut 1.5 cm setiap satu. Rehatkan doh tersebut buat kali kedua selama 40 – 60 minit sehingga doh naik sekali ganda. 
6.  Tabur lada benggala, keju mozzarella dan cheddar. Bakar di dalam ketuhar yang telah   dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200ºC selama 20 minit sehingga roti keemas-emasan. Keluarkan roti. 


No comments:

Post a Comment