Monday 25 May 2015

JEJARI ROTI

Bahan-bahan 
24 keping tepi roti (dr 6 keping roti)
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
sedikit garam
gula halus secukupnya
mentega / margerin untuk menggoreng

Cara-cara
Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
Panaskan 2 sudu besar mentega. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sehingga perang.
Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas.

No comments:

Post a Comment