500 g tepung
roti
100 g gula pasir
15 g yis kering
40 g susu tepung

1 biji telur
30 g shortening/lemak sayuran
25 g butter
½ sudu kecil garam
250 ml air dingin
Inti :
250 g daging lembu hancur
Garam
Gula
Serbuk kari
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Hiasan :
lada benggala dipotong dadu
keju mozarella dan cheddar
Cara nak buat roti : simple jer..Tumis daging sehingga garing kemudian masukkan bahan yang lain dan goreng sampai masak..
Cara nak sedia roti :
1. Dengan menggunakan mesin pengadun, masukkan semua bahan kering. Gunakan speed 1 dalam masa 1 minit. Kemudian masukkan telur,shortening dan air dingin, adun doh hingga sebati dan akhirnya masukkan butter dan garam. Tinggikan kelajuan mesin pengadun. Adun sehingga doh benar-benar kembang.
2. Sekiranya menggunakan tangan,masa yang digunakan adalah 25 minit dan 15 minit bagi menggunakan mesin.
3. Tutup bekas adunan dengan tuala basah bagi mengelakkan doh kering dan letakkan pada suhu luar yang panas selama 40 – 60 minit untuk direhatkan sehingga doh naik sekali ganda.
4. Setelah kembang, keluarkan doh dan letakkan di atas papan canai yang ditabur dengan sedikit tepung dan kaup dengan kedua-dua tangan untuk membuang gelembung angin.
5. Canai doh menjadi segi empat panjang setebal 0.7 mm berukuran 30 cm x 40cm. Sapu mentega cair dan inti daging. Gulung doh memanjang seperti baulu gulung. Potong gulungan tersebut 1.5 cm setiap satu. Rehatkan doh tersebut buat kali kedua selama 40 – 60 minit sehingga doh naik sekali ganda.
6. Tabur lada benggala, keju mozzarella dan cheddar. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200ºC selama 20 minit sehingga roti keemas-emasan. Keluarkan roti.
No comments:
Post a Comment