Wednesday, 20 May 2015

PUDING ROTI BAKAR + SOS KASTARD


 


Bahan-bahan
7-8 keping roti
500 ml susu segar @ 2 cawan *
4 sudu besar gula halus *
2 biji telur *
1 sudu teh esen vanilla *
1 sudu kecil serbuk cinnamon *
2 sudu besar butter – cairkan
3 sudu besar kismis

Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula


Cara Cara Memasak
Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter. Taburkan baki kismis di atas adunan. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak. 

Untuk membuat kuah@sos kastad – Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing masing). Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad. Siap.

Read more: http://myrujukan.com/resepi-puding-roti-bakar-dan-sos-kastard/

No comments:

Post a Comment