Bahan-bahan :
3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur - dipukul perlahan dan ditapis
2 cawan air suam
1 atau 3/4 cawan susu pekat manis (saya gunakan 1/4 susu pekat manis + 3/4 susu cair, untuk rasa kurang manis)
sedikit esen vanilla
1 sdt tepung jagung
* sedikit penambahan bahan:
1 sdt coklat emulco
1 sdt cappucino emulco (terpulang nak letak atau tidak)
1 sdt pewarna kuning
Cara-cara:
- Masak gula hangus seperti biasa, dan tuangkan dalam loyang. Ketepikan.
- Panaskan kukusan.
- Sementara itu, kisarkan roti bersama air suam dan susu.
- Selepas itu, masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla.
- Masukkan tepung jagung, dan kacau sehingga sebati.
- Bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, campurkan sedikit pewarna kuning, dan bahagian kedua dicampurkan dengan coklat emulco dan cappucino emulco.
- Masukkan adunan bahagian pertama dalam loyang gula hangus tadi, dan kukus selama 15 minit.
- Selepas itu, buka penutup kukusan, dan tuang dengan perlahan adunan coklat pula. Sila tuang dengan penuh kasih sayang. Tambahkan masa kukusan 15 minit lagi atau sehingga ia masak.
Read more:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/2011_06_01_archive.html
Bahan-bahan :
Roti gardenia ( keping)
Bawang besar(cincang halus)
Cili padi(mayang halus)
1 sudu besar sos tomato
lada sulah/lada hitam
Tuna chunk in oil (tin kecil)
Tomato(hiris bulat)
Timun(hiris cantik-II)
3 sudu besar mayonis
Garam
Sedikit mentega
Cara-cara :
Tapiskan isi tuna dan masukkan ke dalam mangkuk
Masukkan bawang besar, cili padi , sos tomato, lada sulah, garam sedikit dan juga mayonis. Bakar roti dahulu.bagi sedap sikit.
Sapu roti dengan mentega, salad, timun, tomato, dan tuna.
Apit semula dengan kepingan roti lain.
Bahan-bahan :
2 ketul dada ayam
1/2 biji lada benggala
1/2 labu bawang besar
1/2 biji timun jepun
1 batang celery
Tomato + kubis + salad
Cheddar cheese
Roti(tak kisah roti ape pun )
Sos thousand Island
Buah zaitun jeruk
Sos bbq
Sos tomato
Sos cili
Mayonise
Cara buat :
Rebus ayam dengan bawang putih , lada hitam dan garam (sikit je)sampai ayam empuk.
Lepas tu isi ayam kita siat-siat. Ketepikan dulu.
Hiris sayuran nipis-nipis.
Ambil roti dan sapukan dengan sedikit butter.
Letak kepingan keju atas roti tersebut.
Isikan dengan isi ayam yang dah disiat-siat
Alas roti dengan foil aluminium dan masukkan ke dalam oven selama 5 minit (tunggu sampai keju cair).
Taburka sayur-sayuran yang telah dihiris.
Letakkan sos mengikut selera masing-masing.
Bahan-bahan :
roti bantal atau roti keping
cheesedale
susu pekat
Cara buat :
Mula-mula sapukan susu pekat ke atas roti.
Kemudian kita letakkan sekeping cheesedale ke atas roti tersebut.
Bakar roti tersebut di dalam oven selama 20-30 saat dengan kepanasan 60'c-90'c.
Then keluarkan dan susun atas pinggan.
Bahan-bahan :
500 g tepung
roti
100 g gula pasir
15 g yis kering
40 g susu tepung
10 g bread improver
1 biji telur
30 g shortening/lemak sayuran
25 g butter
½ sudu kecil garam
250 ml air dingin
Inti :
250 g daging lembu hancur
Garam
Gula
Serbuk kari
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Hiasan :
lada benggala dipotong dadu
keju mozarella dan cheddar
Cara nak buat roti : simple jer..Tumis daging sehingga garing kemudian masukkan bahan yang lain dan goreng sampai masak..
Cara nak sedia roti :
1. Dengan menggunakan mesin pengadun, masukkan semua bahan kering. Gunakan speed 1 dalam masa 1 minit. Kemudian masukkan telur,shortening dan air dingin, adun doh hingga sebati dan akhirnya masukkan butter dan garam. Tinggikan kelajuan mesin pengadun. Adun sehingga doh benar-benar kembang.
2. Sekiranya menggunakan tangan,masa yang digunakan adalah 25 minit dan 15 minit bagi menggunakan mesin.
3. Tutup bekas adunan dengan tuala basah bagi mengelakkan doh kering dan letakkan pada suhu luar yang panas selama 40 – 60 minit untuk direhatkan sehingga doh naik sekali ganda.
4. Setelah kembang, keluarkan doh dan letakkan di atas papan canai yang ditabur dengan sedikit tepung dan kaup dengan kedua-dua tangan untuk membuang gelembung angin.
5. Canai doh menjadi segi empat panjang setebal 0.7 mm berukuran 30 cm x 40cm. Sapu mentega cair dan inti daging. Gulung doh memanjang seperti baulu gulung. Potong gulungan tersebut 1.5 cm setiap satu. Rehatkan doh tersebut buat kali kedua selama 40 – 60 minit sehingga doh naik sekali ganda.
6. Tabur lada benggala, keju mozzarella dan cheddar. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200ÂșC selama 20 minit sehingga roti keemas-emasan. Keluarkan roti.
Bahan-bahan :
8 keping roti
cheese slide
butter
3 biji telur (dipukul dan sedikit garam)
Cara-cara :
Potong bahagian tepi roti (kerak dia)
Letakkan cheese ke atas roti tersebut
Lapik lagi sekeping roti atas kepingan roti dan cheese tadi
Potong roti tadi kepada 4 bahagian
Cairkan butter ke dalam non-stick frying pan
Golekkan roti ke dalam butter (jangan lama-lama takut jadi lembik)
Angkat dan goreng semula sampai rangup.
Bahan-bahan :
6 ekor udang besar (dicincang)
lobak merah (dicincang)
daun bawang (dicincang)
3/4 sudu garam halus
1 biji telur
1 sudu kecil tepung jagung
4 keping roti minyak goreng
Cara-cara :
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali roti dan minyak.
Gaul sehingga rata.
Bahagikan roti kepada 4 bahagian.
Sapukan dengan campuran udang.
Goreng roti dengan campuran udang sehingga masak.